Tuesday 11 March 2014





Bunga Kebangsaan di Malaysia ialah bunga raya yang dikategorikan dalam ‘Genus Hibiscus’. Bunga raya mempunyai lima kelopak dan telah dinobatkan sebagai bunga kebangsaan pada tahun 1960 oleh Perdana Menteri  pertama, YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj

·  Warna merah bagi bunga raya mewakili sifat berani menempuh cabaran dan bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga memberi maksud yang berikut:

                            i.Mencapai perpaduan di kalangan rakyaMewujudkan demokrasi dalam Negara
                           ii.Mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dalam membahagikan kekayaan Negara
                            iii.Mewujudkan masyarakat yang bebas untuk mempraktikkan kebudayaan yang pelbagai
                            iv.Mewujudkan masyarakat yang canggih dan cerdik dalam pembangunan teknologi

·  Lima prinsip Rukun Negara juga digunakan sebagai panduan dalam kehidupan rakyat Malaysia.Prinsip Rukun Negara adalah satu usaha dalam mewujudkan perpaduan dalam Negara walaupun Negara kita terdiri daripada pelbagai jenis agama, kepercayaan, kaum dan kebudayaan masing-masing.

v      Kepercayaan kepada Tuhan
v      Kesetiaaan kepada Raja dan Negara
v      Keluhuran Perlembagaan
v      Kedaulatan Undang-undang
v      Kesopanan dan Kesusilaan


Namun begitu, sejak dahulu lagi bunga raya telah didapati mempunyai nilai-nilai dari segi perubatan. Sehingga hari ini, masih lagi terdapat sesetengah individu yang menggunakan bunga raya untuk pelbagai rawatan seperti demam dan sakit kepala. Malah bunga raya juga telah digunakan sebagai rawatan kecantikan untuk wanita pada masa kini.

No comments:

Post a Comment