Bunga Kebangsaan di Malaysia ialah bunga raya yang dikategorikan dalam ‘Genus Hibiscus’. Bunga raya mempunyai lima kelopak dan telah dinobatkan sebagai bunga kebangsaan pada tahun 1960 oleh Perdana Menteri pertama, YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj
· Warna merah bagi bunga raya mewakili sifat berani
menempuh cabaran dan bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga memberi
maksud yang berikut:
i.Mencapai perpaduan di kalangan rakyaMewujudkan
demokrasi dalam Negara
ii.Mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dalam
membahagikan kekayaan Negara
iii.Mewujudkan masyarakat yang bebas untuk
mempraktikkan kebudayaan yang pelbagai
iv.Mewujudkan masyarakat yang canggih dan cerdik dalam
pembangunan teknologi
· Lima prinsip Rukun Negara juga digunakan
sebagai panduan dalam kehidupan rakyat Malaysia.Prinsip Rukun Negara adalah
satu usaha dalam mewujudkan perpaduan dalam Negara walaupun Negara kita terdiri
daripada pelbagai jenis agama, kepercayaan, kaum dan kebudayaan masing-masing.
v Kepercayaan kepada
Tuhan
v Kesetiaaan kepada Raja
dan Negara
v Keluhuran Perlembagaan
v Kedaulatan
Undang-undang
v Kesopanan dan
Kesusilaan
Namun begitu, sejak dahulu lagi bunga
raya telah didapati mempunyai nilai-nilai dari segi perubatan. Sehingga hari
ini, masih lagi terdapat sesetengah individu yang menggunakan bunga raya untuk
pelbagai rawatan seperti demam dan sakit kepala. Malah bunga raya juga telah
digunakan sebagai rawatan kecantikan untuk wanita pada masa kini.